FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

07 Jul 2025

Asas

Kaedah Wyckoff: Memahami Strategi Wyckoff Dalam Perdagangan

Menerapkan Strategi Wyckoff Dalam Perdagangan Moden

Analisis teknikal membuka peluang yang tidak terbatas untuk trader. Tetapi beberapa pendekatan paling informatif untuk trading telah dicipta beberapa dekad sebelum era komputer bermula. Salah satu kaedah klasik tersebut ialah Wyckoff.

Dinamakan sempena seorang trader pada awal abad ke-20, Richard D. Wyckoff, Teori Wyckoff menganggap bahawa semua carta adalah cerminan penawaran dan permintaan dan berpendapat bahawa harga dan volum sudah mencukupi untuk meramalkan sama ada trend semasa akan berterusan atau menyongsang arah.

Jika anda sudah berpengalaman dalam trading dan memahami asas-asas membaca carta, anda mungkin mendapati pendekatan kitaran pasaran Wyckoff amat berharga.

Baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana kaedah ini berfungsi di platform trading moden hari ini dan di mana kedudukannya berbanding dengan kaedah trading popular yang lain.

Siapakah Richard D. Wyckoff?

Siapakah Richard D. Wyckoff?

Richard dilahirkan pada tahun 1873. Pada usia 15 tahun, dia mula bekerja sebagai budak penghantar pita ticker harga saham. Pada usia pertengahan dua puluhan, beliau memiliki sebuah firma broker dan menjadi penyunting sebuah Majalah Wall Street, yang mempunyai lebih daripada 200K pelanggan.

Beliau kerap melihat personaliti Wall Street yang terkenal seperti Jesse Livermore dan J. P. Morgan dan membakukan kaedah pembacaan pita mereka. Hasilnya adalah kurikulum sistematik yang boleh dipelajari dan digunakan oleh pelabur individu.

Beliau telah menubuhkan Stock Market Institute pada tahun 1931 dan mengajarkan satu kursus trading yang masih tersedia dan popular sehingga hari ini. Namanya kurang dikenali berbanding Charles Dow dan Ralph Nelson Elliott, tetapi para sejarawan bersetuju bahawa dia adalah salah seorang perintis yang mempengaruhi analisis teknikal seperti yang kita kenali kini.

Apakah itu Strategi Wyckoff?

Strategi trading ini telah diwujudkan pada awal 1900-an. Matlamat utamanya adalah untuk mengetahui cara untuk sentiasa berada di sisi pasaran yang betul: beli apabila harga naik dan jual apabila harga turun. Teori ini juga menerangkan cara-cara menjangkakan pergerakan harga utama.

Memerhati para trader di Wall Street, Wyckoff menerangkan bagaimana pasaran melalui empat fasa secara berulang-ulang: pengumpulan (accumulation), kenaikan harga (markup), pengagihan (distribution), dan penurunan harga (markdown). Setiap fasa tersebut mempunyai mindset yang sepadan dengan "composite man", figura ciptaan Wyckoff yang mewakili penggerak pasaran terbesar dan paling berkuasa, yang sering disebut sebagai Smart Money.

Analisis yang tekun dan teliti terhadap harga dan volum membolehkan kita memahami niat composite man waima sebelum kita sempat membaca tajuk berita.

Tiga hukum dalam Teori Wyckoff

Teori ini berdasarkan tiga hukum utama yang mengawal pasaran.

  1. Hukum bekalan dan permintaan menyatakan perkara yang jelas dan nyata: harga berubah disebabkan oleh pertarungan berterusan antara bekalan dan permintaan.
    - Ia meningkat naik apabila orang yang ingin membeli lebih ramai daripada yang menjual.

    - Ia jatuh apabila orang yang mahu menjual lebih ramai.

    Idea ini diambil daripada ilmu asas ekonomi dan ia bukan perkara baharu. Para trader melihat data harga dan volum untuk memahami pihak mana yang menguasai pasaran.

  2. Hukum sebab dan akibat menyatakan bahawa sebarang perubahan harga yang ketara pasti berlaku kerana suatu sebab tertentu. Amaun pembelian atau penjualan sebelum harga berubah berlaku atas sebab tertentu. Amaun pembelian atau penjualan sebelum harga berubah menentukan sejauh mana perubahan itu akan berlaku. Memahami bagaimana hukum ini berfungsi membantu trader menetapkan sasaran harga yang realistik dan bersabar, kerana perubahan yang besar boleh mengambil masa. Jom kita pertimbangkan fasa pengumpulan. Smart Money membeli aset dengan perlahan tetapi mantap. Semakin lama fasa pembelian ini berlangsung, semakin banyak aset dibeli, semakin tinggi harga akan meningkat apabila uptrend baru bermula.

    Tiga hukum dalam Teori Wyckoff
  3. Hukum usaha vs. hasil membandingkan volum trading (usaha) dan pergerakan harga (hasil). Jumlah usaha harus selari dengan hasilnya. Kita akan melihat trend yang kukuh apabila usaha seiring dengan hasil. Jika kedua-duanya tidak sepadan (usaha yang besar membawa hasil yang kecil), trend melemah, dan berkemungkinan akan berlaku penyongsangan arah.
    Bagaimana trader boleh menggunakannya?
    - Jika kedua-dua harga dan volum meningkat, anda dapat mengesahkan uptrend yang kukuh.
    - Jika harga terus meningkat namun volum menurun, anda boleh menjangkakan perubahan arah trend.

Kelemahan kaedah Wyckoff

Mana-mana kaedah mempunyai kelemahannya sendiri, dan kaedah Wyckoff tidak terkecuali.

  • Pelabelan fasa agak subjektif, dan trader perlu bersabar: menantikan pengesahan yang lengkap kadangkala menyebabkan trader terlepas bahagian pertama (first leg) trend.

  • Volume yang terfragmentasi dalam pasaran yang terdesentralisasi boleh membuatkan hubungan tradisional antara harga dan volum tidak berguna. Justeru, trader Forex spot atau altcoin mesti melengkapkan analisis dengan indikator aliran pesanan (order-flow indicators) untuk mengelakkan penafsiran yang salah.

Urutan Strategi Wyckoff

Definisi klasik Strategi Wyckoff menerangkan satu urutan tindakan:

  • Wang profesional membina inventori secara senyap dan mendorong kenaikan harga semasa fasa kenaikan harga (markup).

  • Kemudian ia melambakkan saham kepada mereka yang tiba lewat dalam fasa pengagihan (distribution).

  • Akhir sekali, ia mencetuskan fasa penurunan harga (markdown) yang menghalang orang ramai daripada membeli terlalu awal dalam kitaran seterusnya.

Menerapkan Strategi Wyckoff Dalam Perdagangan Moden

Walaupun Wyckoff sendiri menggunakan pensel dan pita ticker untuk trading, kaedahnya mudah disesuaikan dengan pasaran elektronik.

Sebagai contoh, hari ini seorang trader boleh menggunakan beberapa tetapan dalam TradingView untuk meniru setup Wyckoff waktu dahulu: satu tetingkap memplotkan carta candlestick dan volum, satu lagi memplotkan titik dan angka, dan yang ketiga menunjukkan kekuatan relatif berbanding S&P 500. Carta yang dilukis dengan tangan, seperti yang sering dilakukan pada zaman dahulu, kini berlaku secara masa nyata, tetapi logik pentafsirannya masih sahaja sama. Apa yang penting ialah keupayaan trader untuk mengenal pasti peristiwa-peristiwa penting dalam suatu julat.

Trader institusi masih bergantung pada prinsip Wyckoff, tetapi pada rangka masa yang berbeza. Sebagai contoh, dana persaraan boleh membuka urusniaga short sepanjang beberapa minggu pada paras tertinggi, menyembunyikan penutupan posisinya di celah-celah timbunan algoritma, manakala trader swing runcit membuka urusniaga short selepas berlaku penurunan pertama selepas pasaran menyaksikan sedikit kenaikan. Mengetahui bahawa kedua-dua pihak ditadbir oleh hukum penawaran dan permintaan yang sama, tetapi pada tahap yang berbeza, pemain kecil boleh menghindari fasa pengagihan yang besar dan menumpang arus penurunan harga seterusnya.

Ciri Strategi Wyckoff yang paling menarik untuk dunia masa kini ialah fokusnya terhadap volum, satu parameter yang diabaikan oleh banyak osilator popular. Volum sering mendedahkan minat tersembunyi jauh sebelum persilangan purata bergerak (MA) atau amaran capahan RSI (RSI divergence) terjadi.

Menyedari betapa bergunanya Strategi Wyckoff, kebanyakan perisian carta canggih mempunyai ciri yang membenarkan pengguna menerapkannya dalam trading. Ada banyak platform yang menawarkan skrip yang melabelkan fasa pasaran secara automatik untuk membantu pengguna menumpukan perhatian mereka pada pengurusan risiko sahaja. Sebagai contoh, TradingView mempunyai indikator yang membolehkan trader meniru toolkit Wyckoff.

  • Indikator Auto Wyckoff Schematic melabelkan "springs", "up-thrusts", dan bar-bar "sign-of-weakness" apabila ia muncul.

  • Akses kepada data intrahari silam membolehkan trader melaksanakan backtest terhadap peraturan pengecaman pola yang boleh didemonstrasikan oleh Wyckoff dengan beberapa contoh yang dipilih dengan baik.

Perbandingan dengan kaedah trading lain

Wyckoff vs. strategi berasaskan indikator

Indikator teknikal tradisional seperti RSI atau MACD memberikan isyarat trading yang tepat berdasarkan formula matematik, manakala kaedah Wyckoff menggunakan pembacaan komposisi pasaran yang lebih bersifat "situational".

Indikator boleh mencetuskan keadaan terlebih beli atau terlebih jual pasaran secara automatik pada tahap tertentu, dan seorang trader Wyckoff akan menentukan jika pergerakan harga tersebut berlaku dalam fasa pengumpulan atau pengedaran.

Contoh

Seorang trader Wyckoff menyedari RSI sudah terlebih beli. Daripada hanya menjual berdasarkan ini sahaja, trader tersebut mencari pengesahan bahawa trend benar-benar sedang menyongsang arah, contohnya jikalau harga sedang membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi (higher highs) dengan volum yang semakin mengecil (capahan bearish memberitahu tentang fasa pengagihan). Ini mewujudkan pendekatan yang lebih menyeluruh dan sensitif konteks. 

Wyckoff vs. aksi harga semata-mata

Perdagangan yang berlandaskan aksi harga semata-mata menumpukan fokus pada pola-pola carta dan aras sokongan/rintangan. Ia tidak peduli siapa yang menyebabkan pergerakan itu. Kaedah Wyckoff mengisi kelompongan ini dengan mengaitkan pola harga dengan aksi-aksi Smart Money (the composite man) dan memfokus pada volum.

Contoh

Seorang trader aksi harga memerhatikan julat mendatar di puncak carta dan dengan mudah beliau mengatakan bahawa ia adalah pengukuhan harga (consolidation). Trader Wyckoff mencari bukti pengagihan dalam julat itu. Selain itu, pendekatan Wyckoff menganalisis volum di sebalik pergerakan harga dan membolehkan mereka mengesahkan sama ada penembusan akan gagal atau berjaya. Ini sesuatu yang mustahil apabila anda menggunakan aksi harga semata-mata.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.